Beberapa minggu lepas, moks ngan abu pergi makan kat Kg Baru, KL. Kami baru sahaja balik dari Penang. Singgah sekejap hilangkan penat & letih memandu. Bila kami duduk dan memesan makanan. Moks terperasan la..didepan meja kami, adalah satu kumpulan abang-abang tengah makan. Salah seorang daripada mereka tu, sorang abang chubby bear yang sangat cute. Jadi, moks pun usha la. Saja je nak cuci mata. Iskk.. makin lama tengok makin cute plak dia. Tapi macam biasalah.. moks nie penyegan orangnya, tak berani nak approach. Bila makan yang dipesan dah sampai, moks pun makan lah. Tapi tak lepas peluang ambik kesempatan mencuri-curi jeling kat abg chubby bear tadi. Tapi dia sibuk berbual dengan kawan-kawannya. So moks ingatkan setakat tu je la kot.. pencuci mata.
Hanya Gambar Hiasan sahaja...tetap cute macam tuannya
Tapi sebaliknya tidak. Rasanya dia perasan kot... sebab tiba-tiba dia senyum balik kat moks. Haiyoo.. ada response la pulak!!!. Jadi moks pun balas la balik senyuman dia dengan tersipul-sipul malu. Ada la dekat 15 minit, kami saling berbalas senyuman. Paling tak moks sangka, apabila dia dengan cara berbisik dari jauh... mengolahkan ucapan "Kita tukar nombor telefon nak?". Moks pun mengangguk saja. Dalam hati ni, terkejutnya bukan main. Maklumlah, kat dalam kedai makan tu, ramai orang. Kawan-kawan dia pulak tak sedar ke dia buat macam tu? Kes berani mati nie..
Moks pun mencapai telefon dan menunggu dengan debaran. Dia dan kawan-kawan dia bangun dulu sambil membayar harga makanan. Sebaik saja dia keluar dari kedai tu, moks ikut dari jauh dan tunggu di satu sudut celah-celah parking kereta. Dia biarkan kawan-kawanya masuk dahulu. Dan kemudian buat helah nak beli rokok.
Kami bertembung di suatu sudut parking dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Abang Man. Memandangkan masa yang suntuk, Abg Man (bukan nama sebenar), meminta nombor telefon moks dan berjanji akan telefon kemudian selepas menghantar kawan-kawannya balik.
Keesokkan harinya, Abg Man menalifon. Seronok kami berbual. Dia mengajak moks berjumpa untuk kali kedua. Nak buat datelah nie. Tapi malangnya moks terpaksa tangguh sebab Moks kena pegi JB. Tak pe lah Abg Man, ada banyak hari lagi boleh jumpa. Dan pastinya bak kata pepatah, pucuk yang dicita tu.. harus mendatang. Hehehehe
Memang hari tu, hari bertuah untuk moks sebab dapat berkenalan dengan sorang abang chubby bear yang sangat cute.
:: About MyChub Encounters ::
Official Blog for MyChub [since 1999] - The Malaysian Chubs and Chasers Organization.
Our Motto: Proud to be a Chub - Honored to be a chaser !!
This a huge collection of writings by fellow blog writers to celebrate the rich diversity within the Chub and Chaser community. It tales the love, lies and lives of people around us.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment