A LOVE STORY THAT FAILED!
Hello again! Apa khabar semua? Wow......tentang lovers! Dalam hal ini, kita semua kena berhati-hati. Tapi nasib setiap orang tak sama!
Pada tahun lepas, saya telah jumpa beberapa orang online. Semuanya di mychub chatroom di MIRC. Tapi , yang peliknya, semua yang saya jumpa ada dari universiti. Saya telah jumpa beberapa student....ada dari USM, ada dari UM, tapi tak rasa apa-apa terhadap mereka. Saya ingin ceritakan tentang satu perjumpaan. Dia ni seorang cub dari UPM! Tentu jumpa di mychub chatroom.
Saya telah jumpa dia di Sogo, KL pada hari yang ditetapkan. Baik orangnya. Saya tak tahu kerana dia boleh tertarik pada saya! Memang selepas itu, saya selalu naik ke KL untuk jumpa dia. Tiap-tiap minggu saya mesti jumpa. Ialah...orang yang tengah bercinta.
Tapi tak lama selepas itu, dia mula minta duit. Ialah budak u...saya pun kesian. Beri ajalah. Selepas dia dapat apa dia nak, dia dah mula tepikan saya! Eh...geramnya saya! Saya masih ingat pada awal tahun ini. Itu kali petama dia melakukan ini. Seperti dijanjikan, saya sampai di KL. Saya call dia. Dia kata dia akan jumpa malam aja. Saya tunggulah. Tak tahu apa nak buat lagi! Tunggu aja...dia tutup handset dia. Dari pukul 11.30, saya call tapi tak dapat. Malam itu tak tidur. Ingat apa yang terjadi! Accident ke?
Selepas itu, dia hilang macam tu. Dapat e-mail sekali aja! Dia minta saya untuk biarkan dia. Saya tak tahu kemana. Dia tak akan ambil phone call saya. Saya pun naik ke KL setiap minggu untuk cuba cari tapi tak dapat. Saya dapat pada suatu hari bila saya di KL. Talifon dari public. Dia tak sangka itu saya! Jawab. Lepas itu puas saya marah dia. Yang peliknya, selepas itu, dia nak baik semula.
Dia mula hubungi saya. Dia pun minta saya belanja untuk pergi tengok FAME di Istana Budaya! Saya pun bodoh. Dulu dah kena, sekarang beri lagi. Selepas itu, sekali-sekali da terima e-mail dari dia. Tapi baru-baru ini, dia kata dia ada 'adik angkat'! Tak puas saya! Handphone dia pun dah tak boleh pakai. Tapi silapnya, dulu bila nak baik semula, dia beri nombor rumahnya pada saya! Saya dapat tahu nombor handset dia baru ini. 'Adik angkatnya" berikan! Ini tak betul. Dia tak nak cakap yang dia ada hubungan dengan budak ini.
Hari itu, saya paksa dia jumpa saya. Saya dapat tahu semua darinya. Tapi saya masih ingat berapa angkuh dia pada hari itu. Dia kata dia tetap akan bayar apa yang dia ambil dari saya! Dia tanya berapa. Saya buka mulut...terperanjat dia. Mana dia nak dapat duit, dia tanya saya. Ialah dia baru habis uni..belum kerja lagi. Kena bayar loan lagi. Tapi dia kata dia tetap dia tetap akan baayar dan keluar dari bilik hotel saya. Hampir satu jam selepas dia keluar, dia talipon saya dan menangis. Dia minta saya halalkan! Tadi saya marah....mana nak halalkan sekarang? Tetapi selepas beberapa hari, saya talipon dia dan beritahu yang saya akan halalkan.
Orang melayu ada carakan....saya dah nak halalkan...dia tak nak jumpa pulak. Dah berapa kali call dia, tak ada jawapan. Tak tahu nak buat apa dengan dia. Saya harap dia akan jumpa saya sebelum ramadhan yang akan datang ini. Saya harap kita berpisah dengan baik. Dia dah ada teman baru, saya tak nak jadi orang ketiga. Apa lagi saya nak buat???
:: About MyChub Encounters ::
Official Blog for MyChub [since 1999] - The Malaysian Chubs and Chasers Organization.
Our Motto: Proud to be a Chub - Honored to be a chaser !!
This a huge collection of writings by fellow blog writers to celebrate the rich diversity within the Chub and Chaser community. It tales the love, lies and lives of people around us.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment