Hanya Gambar Hiasan sahaja...tetap cute macam tuannya
Tapi sebaliknya tidak. Rasanya dia perasan kot... sebab tiba-tiba dia senyum balik kat moks. Haiyoo.. ada response la pulak!!!. Jadi moks pun balas la balik senyuman dia dengan tersipul-sipul malu. Ada la dekat 15 minit, kami saling berbalas senyuman. Paling tak moks sangka, apabila dia dengan cara berbisik dari jauh... mengolahkan ucapan "Kita tukar nombor telefon nak?". Moks pun mengangguk saja. Dalam hati ni, terkejutnya bukan main. Maklumlah, kat dalam kedai makan tu, ramai orang. Kawan-kawan dia pulak tak sedar ke dia buat macam tu? Kes berani mati nie..
Moks pun mencapai telefon dan menunggu dengan debaran. Dia dan kawan-kawan dia bangun dulu sambil membayar harga makanan. Sebaik saja dia keluar dari kedai tu, moks ikut dari jauh dan tunggu di satu sudut celah-celah parking kereta. Dia biarkan kawan-kawanya masuk dahulu. Dan kemudian buat helah nak beli rokok.
Kami bertembung di suatu sudut parking dan dia memperkenalkan dirinya sebagai Abang Man. Memandangkan masa yang suntuk, Abg Man (bukan nama sebenar), meminta nombor telefon moks dan berjanji akan telefon kemudian selepas menghantar kawan-kawannya balik.
Keesokkan harinya, Abg Man menalifon. Seronok kami berbual. Dia mengajak moks berjumpa untuk kali kedua. Nak buat datelah nie. Tapi malangnya moks terpaksa tangguh sebab Moks kena pegi JB. Tak pe lah Abg Man, ada banyak hari lagi boleh jumpa. Dan pastinya bak kata pepatah, pucuk yang dicita tu.. harus mendatang. Hehehehe
Memang hari tu, hari bertuah untuk moks sebab dapat berkenalan dengan sorang abang chubby bear yang sangat cute.
No comments:
Post a Comment