Idol aku dah mati haritu, si Marlon Brando. Aku takla tengok semua movie dia, pasal yg buat aku idolise dia pun pasal karakter dia dalam cerita The Godfather. Padahal cerita tu dah lama, tahun 1972, setahun lepas aku lahir (selain dari lahir dalam tahun 1973, aku juga mempunyai berat 76kg dan tinggi 174cm, suka lagu2 house, ambient, r&b, Madonna, Soul II Soul, suka cerita2 fantasi, sci-fi, anime Jepun, beruang2 Melayu yang boleh berbual pasal apa2 aja).
Aku tengok cerita tu pun kira baru le jugak. Cerita tu buat aku ada belief system yang baru, that anything's possible if you work for it. Aku terpengaruh dengan karakter si Don Vito Corleone, seorang yang agak soft spoken, berbadan kecil tapi ada karisma dan mampu mengawal keluarga2 di New York. Aku cuba ambil dari sudut positif dari cerita tu. Makin lama Marlon Brando makin gemuk, makin taste. Kononnya dia pernah ada hubungan sekejap dengan James Dean dan Paul Newman. Ntah betul ke tak... Aku taktau kenapa aku suka dia. Pasal dia Italian? Pasal dia chub? Pasal dia kemas? Pasal dia ada karisma dan personaliti? Someone yg subtle and stylish. Someone who leave something for thoughts. Yeah, brains are sexy...
Makin lama makin banyak chub kat KL ni. Itu belum termasuk dari cerita2 yg aku dengar dari mereka2 yg selalu pergi ke Brickfields. Jumaat ke Bleu. Ada dekat 20 org aja. Bosan sesgt. Ada heat karaoke competition, so masih heat lagi. Berudu dapat nombor telefon baru, which means dia akan senyap tetiba utk seminggu dua.
Sabtu, lepak makan2 kat Kak Ara jap dgn Joe, Hard, Fairyhard, Berudu, Ted, Biggie. Sempat gak berbual pasal Akademi Fantasia, dan kebanyakkannya suka Fitri terkeluar. Pastu pegi Bleu lagi. Ada beratus2 org pulak kot. Agaknya semua nak merasa 'last call at Rohas Perkasa' kot. Rasa macam surreal, tmpt yg sama tapi org terlalu ramai. Ada Tyco, Abg Ram dan kawan2 dia. Ada Eyun dan Zairy. Ada Aalimin, Usmang, Adflin dan e-Chub. Ada AdamJohan. Ada GemukChub. Dan ada 6-7 org chub lagi yg aku tak kenal. Pastu lepak belakang Warp, dlm pukul 4.30pg dgn Hard, Fairyhard dan Berudu. Ada scene gaduh2 a-la KL Menjerit (ada mat rempit) campur Pontianak Harum Sundal Malam (takda terbang2 tapi keliling tu ada set design kayu2 macam dlm filem tu) campur The Young and Dangerous (err.. kongsi gelap?).
Dengarnya lepas ni Bleubar akan pindah ke tmpt lain. Bagusla. Dan harap2 masa proses pindah tu diaorg terhilang/terpatah/terbakar/terpijak cd2 lagu Noraniza Idris, remix Jamal & Sarah - Sandarkan Pada Kenangan, remix Waheeda - Wassini, Shanty & Marcell - Hanya Memuji, Aqua - Barbie Girl, Chiki Girls, Vengaboys, Diana King - Shy Guy, Britney & Madonna - Me Against The Music (Rishi Rish Remix) dan juga cd2 boy bands. Wishful thinking...
Smlm ke Bangsar dgn Hard, Fairyhard dan Cipan utk jumpa bebudak lain. Maklumlah smlm kan Fourth of July. Diaorg tak jadi mandi kolam, sebab hujan agak lebat, so adala dekat 23 orang duduk2 di ruang tamu rumah sambil makan macaroni, Kentaki, nuggets, drummets twisties, chikadees, sambil tgk Diari Akademi Fantasia. Ironinya, soft drink dia lagi byk pilihan dari kat Bleubar. Ada BobSani, GemukChub, Peeky n partner(?), Adflin, e-Chub, wolverine7, Sham Alam n partner, AJ n frens, AcukFrance n frens, sun_way, nix_31, dzeng dll. Bau2 lemak agak kuat di dalam rumah tu, mungkin satu kelemahan (atau kelebihan) ventilation system rumah2 di kwsn Bangsar. It was a very laidback and simple gathering, tapi ada jugak yg panik bila time kena intro diri.
Makan lagi dgn Hard ngan Cipan kat KLCC. Dia shopping perfume. Balik kul 9.30 lepas aku terlepas beli sushi murah kat Isetan.
:: About MyChub Encounters ::
Official Blog for MyChub [since 1999] - The Malaysian Chubs and Chasers Organization.
Our Motto: Proud to be a Chub - Honored to be a chaser !!
This a huge collection of writings by fellow blog writers to celebrate the rich diversity within the Chub and Chaser community. It tales the love, lies and lives of people around us.
Monday, July 05, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment